KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Khamis, 20 Januari 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Jengka

Jengka, 18 Jan - PAS Dun Jengka telah berjaya mengadakan majlis meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah-sekolah di dalam DUN Jengka.

Us Tuan sedang menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah Sekolah-Sekolah Di DUN Jengka yang bermula jam 9.30 malam itu telah disempurnakan oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ustaz Tuan di dalam ucapannya menasihatkan kepada ibu bapa supaya mengambil berat perihal pendidikan anak-anak sejak bermula kecil lagi. Selain itu, beliau juga meminta agar semua ibu bapa supaya tidak hanya mementingkan akademik anak-anak sahaja bahkan ilmu agama serta syahksiah anak-anak juga perlu dititikberatkan.

Us Tuan bergambar bersama penerima anugerah pelajar cemerlang

Sekitar 30 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 9A di dalam PMR tahun lepas menerima hadiah cenderahati, sijil anugerah dan wang tunai. Turut hadir ialah ibu -bapa juga jemaah Masjid Lama yang setiap sedari Kuliah Maghrib lagi.

Antara ibu bapa dan jemaah yang hadir...

Antara hadirin danpelajar cemerlang yang hadir...

Semoga Usaha murni ini diberkati Allah swt. Semoga Allah membalas jasa mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sabtu, 8 Januari 2011

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS : MASA UNTUK BERUBAH

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KENYATAAN MEDIA
4 Januari 2011 / 29 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(01/11)

TAJUK

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS : MASA UNTUK BERUBAH


Dewan Pemuda PAS Pusat bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting, apabila satu himpunan besar akan diadakan bagi mengumpulkan para pemuda PAS di seluruh negara. Himpunan ini sebagai persediaan awal pemuda berhadapan dengan pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan kali ke-3 selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada tahun 2002 yang mengumpulkan seramai 5 ribu Pemuda PAS dan Himpunan kali kedua di Kota Bharu, Kelantan yang berjaya mengumpulkan 15 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara.

Himpunan 15 ribu pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut.

Kini, 4 tahun telah berlalu dan satu himpunan telah dirancang dengan jangkaan peserta sekali ganda lebih besar dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Kali ini sasarannya lebih luas dan umum dengan mengharapkan penyertaan anak-anak muda khususnya ahli-ahli baru dan anak-anak muda yang menyokong PAS dari seluruh pelusuk kawasan di dalam negara, sasaran 30,000 pemuda boleh direalisasikan. Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Dengan bertemakan "Masa Untuk Berubah" himpunan bersejarah 30 000 pemuda ini akan diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bersamaan 16 Rabiulawal 1432 Hijriah bertempat di Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.


Ia akan berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ust Azizan bin Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa. Mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Ustaz Abu Bakar bin Chik, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, YB Tn Hj Mahfuz Omar, YB Hj salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut bersama meraikan program ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu. Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain Bola sepak Kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengarah Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...