KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Selasa, 30 Mac 2010

Julung kalinya ; Mesyuarat Agung PASTI Kawasan Kuala Krau kali pertama!



Sabtu, 26 Mac- Buat julung-julung kalinya DPP Kaw. Kuala Klrau di bawah Jabatan PASTI telah mengadakan Mesyuarat Agung PASTI Kawasan kali 1 di PASTI Sirajul Huda, Jengka 20.

Pengerusi Jabatan PASTI DPPK Kuala Krau, En Shafie Md Esa mengambil inisiatif mengadakan Mesyuarat Agung ini adalah untuk memberi peluang kepada semua guru-guru PASTI memberikan cadangan, pandangan, Pprbincangan masalah dan penyelesaiannya serta melantik Jawatnkuasa Majlis Guru PASTI (MGP) secara telus melalui mesyuarat ini.

Dalam ucapannya pada Majlis Perasmian, beliau meminta smeua guru PASTI di Kawasan perlu mengambil peluang seluas-luas mungkin di dalam mesyuarat agung kali pertama ini untuk meningkatkan kualiti serta memajukan PASTI di Kawasan Kuala Krau.

Mesyuarat ini telah di rasmikan Oleh Ustaz Sharif Yusof, merupakan seorang Pendakwah yang telah lama bergiat di dalam bidang pendidikan. Beliau pula menyentuh tentang kepentingan menjaga kualiti pendidikan anak-anak supaya anak-anak dapat menerima pendidikan Islam dengan baik sekaligus melahirkan anak-anak itu seorang Muslim yang baik pada masa hadapan.

Beliau juga mengingatkan agar semua guru-guru tidak melepaskan pelung untuk menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak PASTI bagi meningkatkan mutu pengajaran kepada generasi ISlam masa depan itu.

Turut hadir beberapa orang AJK DPPK Kuala Krau, AJK PAS CAwangan dan juga beberapa tetamu yang lain.

Khamis, 25 Mac 2010

Rumah AJK DPP Kaw. Kuala Krau terbakar


Keadaan rumah selepas kebakaran

Keadaan rumah selepas kebakaran

Keadaan rumah selepas kebakaran

25 Mac 2010, Jengka 15 - Satu kebakaran telah berlaku di Jengka 15 tengahari tadi kira-kira jam 12 tengahari. Api yang marak menjulang itu mengambil masa hanya lebih kurang 10 - 15 minit sahaja untuk membakar rumah keluarga Engku Nur Zaman & Engku Ami Zahar yang ke dua adik beradik ini adalah AJK DPP KAw. Kuala Krau.

Semasa kejadian, adik kepada Engku Nur Zaman yang tinggal 6 beranak di dalam rumah tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana api begitu cepat marak dengan tinggi. Beliau yang bergegas mencari anaknya dan sempat mengambil kunci kereta untuk mengalihkan kereta yang berada hampir dengan rumah.

Anaknya selamat kerana awal lagi telah melarikan diri ke rumah jiran sebelah. Bomba yang sampai agak lewat sedikit berjaya memadamkan api dan hanya tinggal bilik air sahaja yang tidak terkena api.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti namun, menurut Engku Ami Zahar kebakaran ini berpunca dari percikan api yang terbakar dari box punca elektrik terkena tilam dan kain-kain yang berdekatan sehingga menyebabkan api dengan cepatnya merebak.

Us Shahril menyampaikan sumbangan kepada Engku Nur ZamanBersama Ketua Polis Bandar Jengka

Pada petang tadi, sampai rombongan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau yang diketuai oleh Us Shahril Azman Abdul Halim dan beberapa AJK nya yang lain. PAda masa yang sama juga Ketua Polis dari Bandar Jengka juga datang untuk mengambil laporan.

Walaubagaimanapun kerugian masih belaum di kenal pasti. AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau mengucapkan takziah dengan apa yang telah menimpa keluarga Engku Nur Zaman & Engku Ami Zahar. Semoga Allah mentaqdirkan yang terbaik buat semua kelruarganya. Amin.

JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’, TAAT DAN THIQAH DALAM PAS



Wala’, taat dan thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti PAS. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan PAS sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli PAS sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli PAS. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran PAS. Mereka tetap dengan PAS, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyeleweng dengan menyertai pihak musuh. Wala’ di sini membawa maksud kesetiaan kepada perjuangan, jamaah dan kepimpinan. Sementara taat ialah mematuhi perintah dan segera melaksanakannya samaada pada masa susah mahupun senang, dalam perkara yang disukai atau dibenci. Thiqah pula ialah pengikut yang berlapang dada terhadap pemimpin mereka , pada kemampuan dan keikhlasan mereka, dengan sepenuh rasa ketenangan sehingga menghasilkan rasa kasih, hormat, penghargaan dan ketaatan.

Firman Allah:

ومن يتول الله ورسوله والذين امنوا فان حزب الله هم الغالبون

“Dan barangsiapa menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya(walinya), maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang” (Al Maidah ayat 56)

Firman Allah:

فاولى لهم طاعة وقول معروف

“Taat dan mengucapkan perkataan yang baik adalah lebih baik bagi mereka” (Muhammad ayat 20-21 )

Firman Allah:

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجربينهم ثم لا يجدوا فى انفسهم حرجا مما قضيت ويسلموا تسليما

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Al Isra’ ayat 52)

Para sahabat r.a sudah diajar oleh baginda Nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

على السمع والطاعة فى النشاط والكسل, وعلى النفقة فى العسر واليسر,وعلى الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر, وعلى ان تقوموا فى الله لا تاءخذكم فى الله لومة لائم, وعلى ان تنصرونى اذا قدمت اليكم وتمنعونى مما تمنعون منه انفسكم وازواجكم وابناءكم ولكم الجنة

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari PAS ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada PAS maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli PAS yang wala’ kepada arahan pimpinan, misalnya apabila calon yang bertanding di kawasan yang kuat PAS bukan dari calon PAS. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon PAS yang bertanding namun atas pertimbangan kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat. Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan PAS. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli PAS. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati, contohnya peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauh daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan PAS memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan PAS yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

ان الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)


Firman Allah lagi:

قل كل من عند الله

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana PAS bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam PAS untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli PAS ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah PAS, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti
• PAS mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
• PAS mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
• Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
• Seandainya berlaku kegagalan ia ditanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
• Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila PAS berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu PAS untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkannya dari dalam. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi PAS ada perkara ini.

Ahad, 21 Mac 2010

Ribuan Pemuda Pahang Banjiri Karnival Orang Muda Geng Kita

KUANTAN: Ribuan pemuda mulai membanjiri Himpunan Karnival Orang Muda Geng Kita anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diadakan di Taman Tas, Kuantan yang dirasmikan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi pagi tadi.

Tinjauan Pahangkini.net mendapati golongan remaja mulai bertali arus memasuki bandar Kuantan dan dijangkan bertambah padat menjelang malam ini memandangkan pihak penganjur mengadakan malam kebudayaan dan kesenian Islam membabitkan artis-artis ternama. Sehingga berita ini ditulis sudah ada dua ribu pemuda mendaftarkan diri untuk menyertai karnival.

Program Karnival Orang Muda Geng Kita dianjurkan selama dua hari bermula pagi tadi menyediakan berbagai aktiviti kepemudaan seperti pertandingan pin ball, motor lasak, sepak raga bulatan, klinik mororsikal, pertunjukan seni bela diri dan berbagai acara yang lain.

Selain itu, karnival turut menyediakan khidmat perubatan percuma, derma darah dan lain-lain kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Nasaruddin mahu orang muda menjadi pencorak masyarakat bagi membentuk sebuah negara yang mengamalkan amar maaruf nahi mungkar.

”Sebagai orang muda kita nak tengok negara kita pada masa akan datang tak ada lagi kemungkaran dan kerosakan. Orang muda nak tengok negara yang baik dan sejantera yang mendapat keampunan tuhan,”katanya

Tambah Nasaruddin, sikap hipokrit pemimpin Umno yang sentiasa membuat tomahan terhadap perjuangan PAS dengan berbagai tuduhan bertujuan untuk menjauhkan masyarakat daripada PAS sudah berlalu.

Orang muda kita sudah bosan dengan sikap hipokrit Umno BN. Karnival ini bagi menjawab tuduhan kononnya PAS parti orang kampung, PAS parti primitif sedangkan keadaan yang berlaku sebaliknya. PAS kini mendapat sokongan seluruh lapisan masyarakat di seluruh negara.

Tak ada alasan bagi orang muda menolak perjuangan yang dibawa oleh PAS kerana Pemuda PAS menyediakan berbagai program yang melibatkan kegiatan kepemudaan termasuk aktiviti motor lasak.

Bagi yang meminati muzik pemuda menyediakan Alternatif Band Club, Cuma kita pastikan liriknya tidak bercanggah dengan tuntutan Islam. Begitu juga, yang berminat main bola sepak pemuda ada Alternatif Foob Ball Club, apa saja aktiviti lasak termasuk ekspedisi semuanya ada,”katanya.

SUMBER : http://www.pahangkini.net/berita/dewan-dewan/dewan-pemuda/129-ribuan-pemuda-pahang-banjiri-karnival-orang-muda-geng-kita

Selasa, 9 Mac 2010

Pilihanraya Bukan Urusan Dunia Semata mata

Fahaman salah yang merbahaya, yang sedang melanda ummat Islam hari ini ialah anggapan mereka bahawa agama itu hanyalah sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja sedangkan politik pilihan raya dan muamalah hidup tidak ada kena mengena dengan agama dan menganggap ia hanya duniawi semata-mata.


Oleh yang demikian, ramai dikalangan ummat Islam yang sembahyang, puasa dan tidak pernah meninggalkannya serta mengikut syarat-syarat dan rukun-rukunnya tetapi tidak pernah memikirkan tentang halal haram dalam muamalah jual beli, dalam nikah kahwin, talak dan persaudaraan Islam yang ada hubung kaitnya dengan hukum Islam.

Masyarakat Islam yang seumpama ini akan menganggap bahawa pilihan raya adalah duniawi semata-mata. Berdasarkan kepada fahaman inilah mereka bebas memilih sesiapa sahaja yang memerintah dan tidak merasa berdosa di atas pilihan mereka itu. Natijahnya kita dapati ramai dikalangan masyarakat Islam hari ini yang memberi undi mereka kepada orang yang bukan ahli sedangkan mereka sendiri tahu orang yang mereka pilih itu tidak layak, tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam. Mereka juga tahu lawan yang bertanding dengan pilihannya adalah lebih berhak diundi tetapi sengaja tidak memilihnya.


Semua ini berlaku kerana mereka mengundi bukan atas dasar agama tetapi atas dasar kawan, keturunan, keluarga, wang ringgit dan nafsu. Mereka telah menyalahgunakan hak mengundi dan tidak terasa bahawa mereka telah melakukan jenayah dan dosa mengikut pandangan syarak. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini bahawa suara (pembuangan undi) adalah merupakan syahadah. Al-Quran mengajar kita bahawa :


“Apabila kamu mengucapkan sesuatu maka hendaklah kamu bersikap benar dalam ucapanmu walaupun ucapan kamu menyalahi kaum kerabat kamu” ( Al – Ana’m )


Menunaikan hak mengundi dengan betul adalah dianggap menunaikan amanah, sekiranya kita memberi undi kepada orang yang tidak layak sedangkan di waktu itu ada orang lain yang lebih layak, maka pada waktu itu, berdasarkan kepada harga dan nilai undi, kita telah memberi syahadah dusta. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. memberi amaran supaya meninggalkan cakap bohong, disamping itu Allah S.W.T. mendedahkan najis penyembahan berhala melalui firmanNya :


“ Jauhilah najis penyembahan berhala dan jauhilah bercakap bohong”


Banyak hadith yang menerangkan bahawa syahadah dusta termasuk dalam dosa-dosa besar dan akan menerima azab dari Allah S.W.T. Hadharat Abu Bakar As-siddiq menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “Adakah kamu tahu apakah itu dosa-dosa besar ? Iaitu menyekutukan Allah dengan yang lain, menderhakai kedua ibubapa dan dengarlah baik-baik ! sambil dia bangun dari tempat duduknya lalu mengucapkannya dalam keadaan berdiri : “Memberi syahadah dusta dan bercakap bohong juga adalah dosa besar, beliau mengulanginya beberapa kali sehingga kami berkata di dalam hati kami mudah-mudahan beliau berhenti dari ucapannya”. Janji buruk ini hanyalah akan menimpa ke atas mereka yang menyalahgunakan hak mengundi disebabkan hubungan peribadi dan wang ringgit, mereka menunaikannya kepada orang yang bukan ahli.

Isnin, 8 Mac 2010

Forum Maulidur Rasul 1431H

Forum Maulidur Rasul


9 Mac,Selasa 8.00 malam.

Panelis:

Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Ust Dasuki Abd Rani

Tempat :

Dataran Masjid Lama Rantau Perintis,

Bandar Jengka


Semua dijemput hadir......

Isnin, 1 Mac 2010

ceramah perdana


ceramah perdana

ust tuan ibrahim(naib presiden),
ust wan azhar(ajk prhubungn trganu),
ust syahril azman (timb kp phg)

.3.2010 selasa mlm, jengka 17.

Tuan puan di jemput hadir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...