KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Isnin, 21 Jun 2010

SENAPANG FC rangkul PIALA DATO' TUAN IBRAHIM!


Bandar Jengka, 20 Jun 2010 - Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau di bawah DACS (Department Art, Culture & Sport) mencatat sejarah dengan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah di sini hari ini. Kejohanan yang julung kalinya di adakan adalah di antara tujuan untuk menarik minat golongan muda ke arah satu alternatif melibatkan diri dalam persaingan yang sihat dan turut merasai bahang kejohanan Bola Sepak Piala Dunia.

Tema kejohanan yang dipilih ialah DACS - "Dokong Aspirasi Cinta Sukan".

Kejohanan ulung ini yang diadakan di Stadium Mini Bandar jengka pada kali ini telah disertai oleh 20 buah pasukan dari kawasan Kuala Krau merangkumi Jengka, Kerdau dan Jenderak.

Bermula jam 8 pagi semua yang terlibat dengan kejohanan mula semakin ramai ke stadium ini dan perlawanan bermula sekitar jam 9 pagi. Setelah 2 perlawanan berlangsung, perlawanan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada Majlis Perasmian.

Majlis Perasmian telah di disempurnakan oleh Al-Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan YDP Kawasan Kuala Krau. Dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada semua golongan muda perlu bersemangat dan bersungguh dalam kejohanan pada kali ini dan juga mengingatkan kepada semua supaya menjadi golongan muda yang berakhlak mulia, menjaga tata susila sebagai seorang pemuda Islam serta sentiasa mentaati perintah Allah swt dan meninggalkan larangannya.

Menurut Pengarah Program pula, Sdr Fadzil Shafie, bila mengharapkan agar semua pasukan memberikan komitmen yang baik dan bermain dengan penuh bersungguh dan menjauhkan sifat dengki dan dendam. elakkan pergaduhan kerana kita semua adalah pemuda Islam! Insya Allah kejohanan bola sepak ini akan diadakan setiap tahun.

Dalam majlis perasmian ini juga, Dato' Tuan telah menyampaikan Piala Pusingan Kejohanan pada kali ini iaitu PIALA DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN.

Hadiah kejohanan :

Johan : Piala Pusingan - Piala Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Piala iringan dan RM1000

Naib Johan : Piala Pusingan dan RM500

Ke 3 & 4 : RM250

Johan bagi Kejohanan pada kali ini ialah Senapang FC dari Jengka 18 dengan mengalahkan Naib Johan Belia Kerdau FC dari Kerdau. dengan jaringan 2 berbalas 1. Tempat ke 3 Aladdin FC dari Jerantut dan ke 4 UKML FC dari Bandar Jengka.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Hj Nazri Hussin merupakan Timb. YDP PAS Kawasan Kuala Krau.

Hj Nazri bersama pemenang - Senapang FC

"Geng Baju Hijau" (urusetia kejohanan) bersama Senapang FC

Alhamdulillah kejohanan pada kali ini berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 6.30 petang.

#klik pada gambar utk lebih jelas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...