KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Selasa, 30 Jun 2009

CALON MANEK URAI


Haji Fauzi Calon PAS Manek Urai

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Selasa, 23 Jun 2009

Selagi UMNO Wujud, Perpaduan Tidak Akan Tercapai


Isu kerajaan perpaduan ini makin hari menjadi semakin hangat. Saya sebenarnya tak nak lah ulas panjang-panjang berkenaan kerajaan perpaduan ni, lagipun sahabat-sahabat yang lain telah mengulas panjang lebar berkenaan isu ni. Saya lihat makin hari makin baik UMNO dengan PAS, bermacam-macam pujian diberikan kepada PAS. Syabas buat UMNO, satu kejutan kerana dah puas dengan maki hamun PAS kini memuji - muji pulak. Bila musuh dah berani memuji, sepatutnya kita kena lebih berhati-hati.

Boleh dikatakan pujian-pujian UMNO ini telah menenggelamkan kerja-kerja jahat mereka selama ini. Sebenarnya UMNO adalah masalah Melayu dan agama Islam yang kita semua cintai. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia. Mengundi UMNO BN adalah suatu kebodohan dan kejahilan. Sekiranya kita dapat hapuskan UMNO barulah kita boleh berbincang soal perpaduan. Selama mana UMNO ada di muka bumi Malaysia ini, selama itulah perpaduan tidak akan tercapai. UMNO adalah parasit kepada perpaduan di Malaysia ini.

Sejarah telah membuktikan UMNO adalah punca perpecahan perpaduan yang di bina oleh PAS. Setelah UMNO kuat, mereka kembali angkuh dan sombong. PAS disekat daripada terus berkembang dan memperjuangkan syiar Islam. MB Kelantan mahu dilantik oleh Kerajaan Pusat biar pun PAS memenangi kerusi terbanyak dalam pilihanraya di Kelantan. Akhirnya PAS yang tertekan, kehilangan sokongan dan Kelantan jatuh ke tangan UMNO hasil pengisytiharan MAGERAN pada tahun 1978. Peristiwa ini tidak mudah dilupakan oleh-oleh pendokong dan penyokong PAS sehingga ke saat ini.

Setelah peristiwa MAGERAN berlalu hampir 20 tahun, kini UMNO kembali dengan isu kerajaan perpaduan. Ucapan Tuan Guru Hj. Hadi pada muktamar yang lepas dimanipulasikan secukup-cukupnya oleh media jahat UMNO . Tujuannya hanyalah satu, ingin melihat PAS berpecah belahkan dalam Pakatan Rakyat dan kemudian PAS akan keseorangan. Kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO yang beria-ria ingin mengadakan kerajaan perpaduan adalah retorik semata-mata tidak ubah seperti orang gilakan talak. Ini kerana yang benar tidak boleh bercampur aduk denganya batil. Orang-orang baik tidak boleh duduk sebumbung dengan orang-orang jahat..

http://addin77.blogspot.com/

BERSEMI UKHUWAH DIPUPUK KASIH


"Menolak Idea Kerajaan perpaduan"

SELASA, 23 JUN 2009 | 29 JAMADIL AKHIR 1430H

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Jumaat, 19 Jun 2009

Ahli PAS diminta bertenang, Tunggu arahan rasmi

Thu | Jun 18, 09 | 9:20:58 pm MYT (HarakahDaily)

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris Ahmad ( Ketua Penerangan PAS Pusat)

Rabu, 17 Jun 2009

Amanat Tuan IBrahim- Naib Presiden PAS


Muktamar PAS ke 55 baru berakhir, kenikmatan berjamaah masih terasa, bagaimana pertemuan para pejuang Islam di satukan sebentar dalam muktamar indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS. Amanah besar yang sangat ana bimbangi, dan terus terang siang malam ana berdoa agar ana tidak dibebani dengan am,anah besar ini, setelah ana tidak upaya menolak pencalunan yang besar dari perwakilan. Kini ana sering munajat doa sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar “ Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat.”

Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu. Muktamar nbagi menyatakan pandangan dan kritikan, kita telah lalui, penjelasan dari pimpinan telah pun di buat, mungkin ada yang berpuas hati, dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan; bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira. Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka, jamaah telah buat keputusan. Rasulullah bersabda “ Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan’, dan “ Pertolongan Allah akan dating dengan jamaah”.

Selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan kita, kita harus faham sepak terajang media musush, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musush. Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan HARAKAH sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.

Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah, ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam, kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini. Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan, kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam. Kita juga mesti membetulkan system yang berjalan dalam Negara. UMNO mampu mempertahankan kejayaan kerana system yang tidak betul ini ujud. Kita berusaha kea rah tersebut. Namun saya tegaskan bahawa kita tidak akan biarkan jamaah kita menjadi kuda tunggangan UMNO/BN.

Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat, kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain. Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambilalih kepimpinan melayu dari UMNO dan membawa mereka kepada landasan Islam. Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat; bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan UMNO/BN samada secara sedar atau tidak.. Negara dipimpin oleh pimpinan yang korup, kita perlu menggantikan dengan kepimpnan yang soleh dan bertaqwa.

Yakinlah para pimpinan mengenali siapa UMNO lebih dari kita. Pimpinan kita meyedari tipu helah UMNO dalam perjuangan mereka yang lama dari kita. Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan presiden dan Timbalan Presiden. Semua dasar parti di kawal oleh syura, dan semua perkara pokok akan diputus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Andai ada yang cuba membawa jamaah kearah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini-insyaAllah. Berilah keyakinan dan wala’ pada pimpinan, dan awasilah perangkap musuh yang ada dikeliling kita , dan jangan kita menjadi juru cakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahkan jamaah ini.

Tingkatkanlah hubungan dengan Allah, jadilah sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas dalam perjuangan ini dan bersabarlah di atas perbezaan pandangan, dan hargailah pandangan yang berbeza yang lahir dari hati yang ikhlas. Rapatilah saf perjuangan, dan gunalah sedikit masa tengah malam dan awal pagi untuk memohon kekuatan dari Allah.

Salam perjuangan.


Akhukum FiLLah
Tuan Ibrahim Tuan Man.

Isnin, 15 Jun 2009

AKTIVITI SEMASA

KULIYAH MAGHRIB

OLEH :
YB KHALID IDHAM LIM
(ADUN NGRI PERAK)


7:30 MLM : SURAU BLOK K, JENGKA 18

SEMUA DIJEMPUT HADIR

---------------------------------------------------------------------------------


Yb Idham Lim B. Abdullah
(KETUA BBC PERAK)

Dato Ust Tuan Ibrahim B. Tuan Man
(NAIB PRESIDEN PAS)

Ust Shahril Azman B. Abd Halim
(TIMB. KETUA DPP NEG. PAHANG)

15 Jun 2009, Jam 9 Malam

- MARKAZ PAS JENGKA 21 -

---------------------------------------------------------------------------------

Khamis, 11 Jun 2009

Perbahasan Ucap Tema Ketua Pemuda PAS Pusat

Oleh :


Shahril Azman Bin Abdul Halim Al-Hafiz

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang

Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau


PEMUDA PAS SELEPAS ENAM TAHUN


· Pertama Kami ucapkan tahniah kepada KP kerana menyampaikan ucap tema yang baik dan tersusun dan terima kasih kerana memimpin kami ke jalan yg benar.

· Namun kami merasakan ada beberapa perkara yang mesti diberikan perhatian serius dan hendaklah sentiasa menjadi agenda perbincangan.

· KP menyebut kejayaan besar 1999 dan kejayaan lebih besar 2008. Hasil daripada pembinaan UKJ semenjak 2003.

· Alhamdulillah kita bersyukur dengan kejayaan tersebut, namun kita jangan alpa dan leka kerana disana ada faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan besar itu? Kerana kejayaan 1999 lebih bergantung kepada kezaliman UMNOBN dalam isu Anuar, ini terbukti apabila kita kalah teruk 2004 kerana kepimpinan Mr clean Paklah dan kemudian menang besar 2008 kerana kelemahan Paklah dalam mengurus ekonomi negara.

· Oleh itu kita mesti mencapai kemenangan besar dalam PRU ke 13 nanti dengan kemenangan hakiki, dengan kekuatan yg ada pada kita.

· Maksud saya kemenangan yang bukan bergantung kepada isu semata-mata tetapi lebih kepada kerja kuat kita yang tersusun rapi.

· Kita mahu UKJ yang berfungsi bukan sakadar di datakan dalam sistem, Hasrat melahirkan 10 safwah mukhtarah yang bergerak diperingkat cwg mesti tercapai Kita perlukan pemuda yang sentiasa bersedia apabila jamaah memerlukannya bukannya muncul setiap kali PRU sahaja dan bukan pemuda Touch and Go.


MEMIMPIN PEMUDA MALAYSIA


· Ini agenda besar dan penting, rosaknya pimpinan akan datang apabila rosaknya generasi muda hari ini.

· Siapa lagi yang kita harapkan untuk memimpin pemuda Malaysia. UMNO? Ketua pemuda yang terpalit dengan dosa besar, Rasuah...


سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب و يكذب فيها الصادق و يؤتمن فيها الخائن و يخون فيها الأمين و ينطق فيها الرويبضة . قيل : و ما الرويبضة ؟ قال : الرجل التافه يتكلم في أمر العامة " ابن ماجةو الحاكم و أحمد


· pemuda PAS mesti memimpin, kerana kita pemuda gerakan Islam, demi memastikan kepimpinan negara pada masa akan datang adalah generasi yang beriman, bertaqwa, berakhlak dan amanah.

· Tahun 2008 kita menang dikebanyakan saluran pengundi muda, maka pemimpin pemuda disemua peringkat mesti merancang program yang sesuai dengan mereka.


KEPIMPINAN ULAMA TUNGGAK PERJUANGAN


· Pemudalah yang telah menginstitusikan kepimpinan ulama sejak tahun 1982, 27 tahun yang lalu.

· Alhamdulillah, kita bersyukur kpd Allah kerana dalam gerakan Islam PAS kita mempunyai ulama-ulama yang bukan sahaja boleh mengajar di masjid dan surau sehingga institusi masjid dan surau menjadi makmur. Bukan sahaja boleh menghurai permasalahan hukum-hakam yang sentiasa dihadapi oleh masyarakat...

· Bahkan kita mempunyai ramai ulama profesional yang boleh memimpin dan memandu gerakan Islam supaya sentiasa berada di atas landasan yang betul, tidak nampak jumud dan terkehadapan sehingga menggerunkan musuh.

· Mengekalkan kepimpinan ulama adalah tanggungjawab pemuda seluruhnya. Dalam konteks sekarang Allah tidak akan mengutus Nabi…


قَالَ كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمْ الْأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي (متفق عليه)


· Lahirnya golongan ulama yang akan mewarisi kepimpinan Nabi itu, kerana Nabi mengatakan:

إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ (الترمذي)


· Nabi memberikan isyarat jelas dalam bab ini…

- Imamah sughra: Abu Bakar diminta mengimami solat

- Imamah kubra: Dalam melantik imamah kubra, maka sahabat berpandukan kepada sesiapa yg nabi lantik menjadi imam dalam imamah sughra...


(قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ (مسلم

· Maka jumhur berpendapat (as-Syafie, al-Mawardi, al-Qadhi Abu Ya`la, al-Qurtubi, Ibnu khaldun) bahawa syarat untuk menjadi imam kubra ialah dia hendaklah sampai ke martabat ijtihad. Berkata as-Syatibi:


إن العلماء نقلوا الإتفاق على أن الإمامة الكبرى لا تنعقد إلا لمن نال رتبة الإجتهاد والفتوى في علوم الشرع (في كتابه الإعتصام)

· Bermula zaman Yazid bin Muawiyah ulama diberi jawatan no2 maka kesudahannya...berlaku kefasadan di dalam pentadbiran...Nabi bersabda:


هَلَكَةُ أُمَّتِي عَلَى يَدَيْ غِلْمَةٍ مِنْ قُرَيْشٍ (بخاري) الحافظ ابن حجر: والمراد يزيد بن معاوية لأن أبا هريرة يقول: اللهم لا تدركني سنة ستين ولا إمارة الصبيان فإن يزيد استخلف فيها وبقي إلى سنة أربع وستين ثم مات

· Sebab itulah Nabi mengutus Mu`az ke Yaman. Dalam masa yang sama Nabi juga mengiktiraf peranan golongan profesional...Salman al-Farisi dengan khandaknya, Khalid al-Walid sebagai panglima perang (JPN)

· Maka untuk memimpin sebuah gerakan Islam, ulamalah sebagai tunggaknya, manakala profasional dan aktivis adalah tiang seri dan paksi kekuatan perjuangan kerana tanpa mereka maka lemahlah gerakan Islam masa kini. Kita hendaklah mengamalkan konsep...


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

PEMUDA PENYAMBUNG PERJUANGAN


Sekarang kita berjuang sebagai sayap kanan kepada parti. Kitalah juga yang akan menyambung perjuangan ini dimasa akan datang. Dalam masa yang sama kita berperanan memproses, mendidik, mentarbiah dan seterusnya melahirkan kepimpinan pemuda sebagai generasi pelapis silih berganti demi memastikan perjuangan Islam ini sentiasa dipimpin oleh mereka-mereka yang berilmu, beriman, bertaqwa, berakhlak, berkebolehan dan berketrampilan.

Nik Aziz ingin lihat Cina Muslim pimpin PAS

MENTAKAB, 11 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim.

Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.

Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.

Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000.

Basiron Abdul Wahab
Thu | Jun 11, 09 | 7:30:44 am MYT

Rabu, 10 Jun 2009

JK PAS PUSAT 2009/11


Senarai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2009/11


PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji(480)

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Selasa, 2 Jun 2009

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PAS PAHANG

Majlis Perasmian Bangunan PAS Pahang akan diadakan pada 9 Jun 2009 (Selasa) bertempat di Pejabat PAS Pahang, Temerloh. Majlis akan berlangsung pada 4:30 petang dan bakal disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan negeri dipersilakan hadir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...