


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membentangkan kertas putih berhubung krisis di Lahad Datu, Sabah yang mengakibatkan dua anggota komando negara terkorban.
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, berkata kertas putih tersebut perlu dibentangkan bagi rakyat mengetahui keadaan sebenar insiden tersebut.
"Ia juga bagi mengelakkan orang awam dari terus membuat pelbagai spekulasi berkenaan krisis ini," tegas Mahfuz pada satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga komando yang terkorban dalam serangan di Lahat Datu itu.
Pada 9 Februari lalu, kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung dan berlabuh di Kampung Tandaou, 100 kilometer dari Lahat Datu.
Pihak keselamatan negara bertindak mengepung perkampungan itu sejak 11 Februari lalu, dengan melakukan beberapa siri rundingan dengan kumpulan tersebut. - HarakahDaily
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.
"Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.
"Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian, berikutan laporan terbaru bahawa dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan dari pihak polis berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut Salahudin berkata, rakyat kini menunggu dengan penuh persoalan apa yang sebenarnya berlaku.
Katanya terdapat bayak versi cerita yang akhirnya mewujudkan kekeliruan dan meletakkan rakyat dalam ketakutan.
"Rakyat Malaysia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku," katanya. - HarakahDaily


BANK IN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN BIMB 06037010025460 ATAS NAMA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KRAU. LEPAS BANK IN SILA SMS KE 0139238286, TAIP Contoh : (TBG PASTI RM250 DARI PAK LAH ,KL .10 NOV)
Membangun Bersama Islam - Bersama Kepimpinan Ulama'
Editing by syabab|dsign | Sponsored by Blogger | Ads Theme Blogger Template